CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
zetty ilham @ amanda swift . F


Followers

Thursday, June 09, 2011

saya

saya sakit hati . boleh tolong ubatkan ?

tak suka bila ada orang buat saya sakit hati . sakit hati sangat .

Wednesday, June 08, 2011

terima kasih mama ! 3 Jun yang saya sayang !

happy early birhday
hahah
aq wish awl sikit
risau klau xleh on9 lme
june 2 at 10:56pm · · · See Friendship
  • You like this.
    •  
      Amanda Ilham owhh..haha..thankszz.
      June 2 at 10:57pm ·
    • Amanda Ilham a lot
      June 2 at 10:57pm ·
terima kasih budak dekat atas tu . budak tu post dekat wall saya . enciklah orang pertama yang wish .
 
 
 
tanggal  3 June 1999 saya rasa macam saya dah taknak duduk dalam perut sudah . rasa macam nak lihat dunia pulak . jadi saya ambil keputusan untuk keluar dari perut mama saya . uwweeekkk . gedik tak ?
tak kan . saya budak baik .
 relax lah . saya budak comel . mestilah baik kan ?
 
saya tahu masa tu tangan dan kaki saya masih kecil lagi . semuanya .
tapi tak sangka . sekarang sudah 12 tahun saya menetap di dunia yang indah diciptakan oleh Tuhan ini .
betul betul 12 tahun .
 
saya umur 12 tahun . tua kan ? tapi tahun ni besday saya tak besh sangat . tak apa lah . yang penting saya bersyukur sebab umur saya masih panjang dan saya dapat merasa birthday saya tahun ini . Alhamdullillah .
 
ujian yang diberikan memang sangat berat . kawan kawan saya tak faham dan tak akan pernah faham dengan keadaan dan kehidupan saya seharian .
itu rahsia saya , kawan baik saya dan nabila .
saya juga tidak pasti . apabila mereka tahu akan apa ujian yang diberikan pada saya ini seberat yang saya rasa atau tidak .
saya rasa saya sudah matang apabila saya melalui ujian yang telah ditentukan oleh Allah .
saya cuma mampu redha dan berdoa agar ujian itu akan hilang .
dan saya dapat hidup seperi kawan kawan saya yang lain.
ataupun lebih bahagia ,
 
 
tiap tiap tahun saya dapat hadiah harijadi yang mahal . betul ke ? itu kawan kawan saya yang cakap . tapi saya tak pasti dengan itu .
 
 tahun ini saya dapat handphone baru . iaitu SITERI . sama tak dengan apa yang saya hajati ?
mungkin mama tahu apa yang saya inginkan .
SITERI ? sebenarnya NOKIA C3 . faham ?
 
 saya tak pernah kisah kalau saya tak dapat apa apa hadiah sempmena harijadi saya . yang saya inginkan hanyalah kasih sayang yang sempurna .
mungkin ada yang tak akan faham . dan saya tak akan pernah beri sesiapa faham . selain kawan baik saya dan nabila .
 
pada pagi hari jadi saya , saya bangun agak lewat . sebab saya tidur lambat pada malam yang sebelumnya . disebabkan ingin COUNTDOWN birthday saya .
 
3 orang pertama yang wish saya ! :
  1. MUHAMMAD NOR FAHMI
  2. RYAN NEESA
  3. NUR SAJIDAH
TERIMA KASIH LAH YERRR ..

saya terjaga dari tidur yang agak nyenyak . teringat akan harijadi saya pada hari itu , saya capai laptop putih saya . log in fesbuk saya . dan klik profile ZETTY ILHAM MOORA . Memang berpuluh wish untuk saya walaupun baru pukul 11 pagi .
  menjelang malam , memang tangan saya mula lenguh . sebab tak henti mengelike dan mengucap tima kaseh pade yang wish . tapi itu semue ikhlas .

saya suka semua itu . 3 / 6 / 9 . sifir berapa ?
3 kan ? tak percaya ambil kalkulator . hikhik . korang ingat korang punyer birthday date jerp yang best ?
saya punya pon boleh lah . tak de lah sedap sangat kan ?
kawan baik saya lagi best : 9/9/9 .. date tak belah !
jealous mak !

saya rindu F lah . saya taknak bagitahuk F wish bila . hikhik . ilekk arr .
lame dah saya tak online . jadi tak berhubung lansung . rindu sangat sangat ! .
kalau ada sesiapa yang jumpa F kata pada dia yang saya rindu pada dia .

kepada sesiapa yang jumpa F kata pada dia , saya teringin nak study dengan dia.
kepada sesiapa yang jumpa F kata pada dia , saya teringin nak duduk sebelah dia .
kepada sesiapa yang jumpa F kata pada dia , saya teringin nak sembang lama lama dengan dia .

kepada sesiapa yang jumpa F kata pada dia , YANG SAYA SAYANG AKAN DIA KETAT KETAT !

bai bai 3 June . saya harap saya dapat jumpa awak tahun hadapan .
assalamualaikum .


  •  

#rindu

hayy blog comel saya ! comel ke ? ^ ^

jangan perasan sangatlah amanda oit. hehe . saya memang budak yang suka perasan . awak tak tahu ke ?
tapi saya perasan tak sampai tahap gile lagi . boleh tak saya jadi perasan tahap gila ?
tapi kalau saya gila , siapa akan update belog ini ?

rindu sangat dekat belog ni . lama dah tak menulis . saya rasa 5 hari kot . asyik teringatkan belog . #ok saya tipu je . sebenarnya saya rindu F.
 mestilah saya rindu F . sebab saya dah lama tak jumpe budak yang pegang separuh lagi hati saya . jahatnya dia . bawa lari hati saya jauh jauh samapi buat saya rindu . kan ?

sebenarnya saya tengah happy . sebab saya dah lama tak touch laptop comel saya ni . almaklumlah .
 saya sibuk bercuti .. dan berjalan .

  banyak sudah tertinggal cerita .

harijadi saya pada tanggal 3 Jun tidak begitu meriah seperti yang saya inginkan .

saya rasa macam taknak cerita dalam post yang sama . bosan lah kalau entry panjang panjang . pasal bufday saya , saya mahu cerita lagi 3 minit . ok ?

bai . assalamualaikum .

Thursday, June 02, 2011

ok aku fine.

aku rasa sangat gembira bila bersama kau .
itu cukup bahagia buat aku .

kadang kadang aku terfikir . adakah hubungan ini kekal selamanya ? ataupun hanya sementara .

bagaimana kalau terputus hubungan nanti ?
kau sering buat aku heppy . aku suka sangat itu . kalau boleh , tiap tiap masa aku ingin kau ada di samping aku. temani aku .
andainya kau sentiasa disisi aku .
pastinya setitis air mata pun tidak akan pernah mengalir .

malam yang gelap . aku sengaja matikan lampu . lebih tenang sendirian .

jauh dari kekecohan dan kerunsingan . menanti tepat jam 12 : 00 tengah malam . untuk apa?

hari lahir aku yang ke dua belas . tak sabar menunggu . aku tak pernah buat macam ni .
entah kenapa aku jadi terlebih gembira dengan hari lahir aku pada tahun ini . sebab sebabnya lansung tidak muncul dalam fikiran aku .

boleh buat kad pengenalan . patutkah aku gembira sebab itu ? tak mungkin kerana itu .

aku tak buat apa apa pun . tapi aku tak rasa bosan .
aku tak tahu apa aku nak buat malam ni .

sebab aku tak mengantuk . ikutkan jam aku . ada lebih kurang 22 minit lagi sebelum jam 12 : oo . aiskrim cornetto cokelat . tak ada seorang pun yang bagi aku . sedih akan itu .

aku tak ada  idea malam ni . sebab aku asyik terfikirkan hari jadi aku .
terlalu excited .
esok aku mesti berkemas barang .
Sabtu , aku akan bertolak 6.30 pagi awalnya .

ke tanjung malim . dan singgah sebentar di Putrajaya .
ikutkan perncangan , tarikh pulang ke Perak boleh jdi pada hari Isnin ataupun hari Rabu .
esok aku akan pulang ke kampung sebentar . ada urusan hal keluarga .

Melaka . destinansi yang mungkin agak menarik bunyinya . aku tak sabar .
kalau esok aku dapat siteri sebagai hadiah hari lahir , dialah yang akan menjadi mangsa gambar gambar aku semasa di sana .

Alin beritahu aku . dia akan pergi bercuti di Perlis . bagus itu .
aku memang tak ada idea nak tulis apa malam ini .

memang lah buntu kerana asyik memikirkan hari lahir dan percutian .
esok aku akan listkan orang yang pertama hinggalah orang yang terakhir wish hari lahir pada aku .

barulah hebat namanya . =)
sorilah . post kali ini tak sepanjang mana . memang tak ada idea lansung , tak banyak perkara yang berlaku hari ini .

bai . asalamualaikum .

..

hampehhh . satu kawan pun tak bagi aku birthday present . even aina pun tak bagi .
sian nye aku .

adakah masa berlalu pantas ?
ataupun berlalu lambat ?

aku rasakan bagai bumi berputar terlalu laju untuk aku . andaikan ia berputar perlahan . banyaknya masa yang terluang . banyaknya perkara yang boleh dibuat . banyaknya masa untuk fesbuk .

aku sentiasa ingat akan kiamat . masa yang berlalu agak cepat itu membuatkan aku terfikir seketika .

kadang kala cerita dan tanda tanda kiamat itu menggerunkan aku . aku takut dengan kekuasaanNYA.

aku berharap ucapan 'selamat hari lahir ' itu sempat aku dengar .
atau mungkin aku tak dapat .
aku berdoa supaya hari ini lebih baik dari hari semalam . dan hari esok lebih baik dari hari ni

sudah lama aku tak jejak kaki ke Jusco . rindu ah .

Jusco di ipoh semestinya tidak menyeronokkan . k.l lagi best .
dah lah tu .

bile lah AISKRIM CORNETTO COKELAT saya akan sampai .
saya menunggu kehadiran AISKRIM CORNETTO COKELAT daripada encik

Wednesday, June 01, 2011

hai sayang .

malam yang dingin . buat aku rasa ingin sambung menulis selepas cerita tentang pelikun .

walau tangan lenguh menulis . tapi hati tetap teguh hendak menulis . hobi ke namenyer tu ?
heyy . aku rasa aku taknak cerita pasal F ke DIA ke .or sapa sapa  untuk kali ini .

aku sedang memikirkan sesuatu .

kenapa hati aku punya satu ? mungkin satu lagi hati aku ada pada sesiapa yang patut aku cari pemiliknya . tapi sekarang aku rasa macam aku sudah jumpa pemiliknya , mungkin dia adalah yang paling istimewa antara orang yang aku pernah kenal dahulu .

terima kasih tuhan kerana telah meminjamkan aku kawan yang sangat bermakna buat aku dan buah hati yang telah Engkau ciptakan untuk aku buat peneman sunyi juga sepi .
di saat gelak dan tawa , di kala sedih dan gundah .

kau senyum . aku tergamam . jangan ulang lagi . nanti aku paling muka ke tempat lain .
bila permpuan diguris hatinya oleh lelaki . adakah lelaki itu akan memujuk . ataupun terus meninggalkan permpuan tersebut seorang diri .

dalam dunia , permpuan memerlukan lelaki .
begitu juga aku yang ingin selalu di sampingmu


jika aku masih lagi seorang manusia . manusia yang punya iman . pastinya aku punya emosi dan persaan.

dan aku juga pasti akan melakukan kesalahan secara tidak sengaja .
tapi kau jua sebagai manusia punya iman seperti aku jangan terlalu menyakitkan hati aku . aku akan menangis .


sebanyak manapun aku mengalirkan air mata kerna rindu . kerna sayang ,
kalau F memang yang terbaik untuk aku . Allah akan sentiasa tunjukkan jalannya kepada yang sentiasa berharap dan berdoa sepanjang masa .

kalau sebaliknya  .
maka aku redha akan ketentuan itu .

mungkin ada yang lebih terbaik.

terima kasih Tuhan kerana Engkau telah berikan aku pelbagai dugaan sejak aku dilahirkan di dunia ini .

walaupun dugaan yang melanda pada aku pada saat aku dilahirkan itu berat .

itu banyak mengajar aku erti kehidupan .
mengajar aku menjadi seorang gadis yang berfikiran matang dan tabah .

sedihnya aku bila aku lihat kau online . tapi kau tak post satu huruf pun dekat wall aku . patutkah begitu?

aku dan kau hidup untuk esok bukanuntuk semalam . jangan kau ungkit kisah semalam.  semoga kau tak lupa aku yang disini yang sentiasa teringatkan kau .

dah lah tu . aku akan pergi bercuti di melaka pada 4 Jun 2011 . itu mungkin menyeronokkan . tapi tidak bagi aku untuk meninngalkan kau belajar seorang diri . kalaulah kau boleh ikut aku ke sana . kau boleh jadi bodyguard aku macam biasa .
macam kau pakai kasut lambat lambat .
nanti kalau aku terjatuh siapa nak sambut aku ? 
kalau ada orang perhati aku siapa yang akan pertahankan aku?

kalau aku tak dapat online nanti siapa nak teman aku sembang ?

hari lahir aku kau jangan lupa yahh .
aku inginkan hadiah daripada kau . kau yang sentiasa encem .

kau jaga solat dan kesihatan yah .. 

aku bertolak ke melaka pagi .
jadi kelas tambahan pada hari isnin aku rasa tak akan aku tinggalkan , /ada kaitan tak ?\
UPSR .
aku ingat itu .

aku sudah mengantuk . 12 : 35 pagi ataupun malam >? 
entah .

aku mesti tidur . esok kelas tambahan subjek b.melayu menunggu aku .sayang cikgu Robiana . aku tak mahu lewat lagi .
nanti ada orang duduk tempat aku . = ) 
hikhik . jangan terasa yeaaa..

malam yang gelap . 




 selamat malam buat bulan dan bintang yang  menemani aku malam ini . terima kasih .
 k bai . assalamualaikum .

pelikun .. tak mawww

pelik dengan perangai dia .
aku tak faham lansung . fikir bagus sangat ?

jangan buat aku marah . penat dengan semua ini .
aku tak faham akan keadaan yang menimpa .

dunia berubah pelik . aku tak suka begini .

aku mahu hidup normal . berjaya .

kenapa dia pelik . aku lansung tak faham . memang sepatah pun tak faham .
pelik sangat .

mungkin benar sifat yang dikatakan pada aku tempoh hari . tapi ia menyakitkan hati aku .

sering menyakitkan hati aku . belah lah . aku sakit hati menjelang hari jadi . aku juga pelik dengan diri aku sendiri . mengapa aku sering teringatkan dan menyebut nyebut tentang harijadi aku yang tinggal beberapa puluh jam sahaja lagi itu?

kemmmoonn lah .

haha . dalam keadaan perut aku yang lapar ini , aku terasa macam nak menulis blog .
tummy aku lapar .

tapi tak da selera nak makan .
pelik sungguh .
mungkin kempunan nak makan aiskrim coklat .

pandai perut aku buat helah . kan?
korang ada ?


/takkan lah aku selalu nak bajet model je kan ? muka pun buruk . apedehal bro .\
  aku dah lama tak tangkap gambar macam ni . rindu . wuuu .

perasan tak ? hikhik . tak maw cakap pasal gambar kat atas ni . mungkin ada yang pernah nampak gambar aku yang ala ala macam ni jugak . aku tiru eikkk . sori . tak perasan lah . jangan marah sebab itu gambar aku

peliklah perangai aku . tak suka pelik . buat aku susah hati . perangai dia pun pelik . lagilah aku sakit hati .
dah lah tu . aku lapar . aku tak nak makan .

bai . asalamualaikum .

Tuesday, May 31, 2011

permaisuri

tengahari yang agak panas .
aku agak penat . pulang dari kelas tambahan yang agak membosankan .
tapi itu tidak sebosan duduk di rumah .

aku rindu akan dia . baru saja jumpa tapi sudah rindu . apa semua ini ?

aku teringat lagu gelora jiwa . yuna nyanyi .
dulu p.ramlee yang nyanyi .
merdu sangat . aku suka lagu itu .

kerja rumah aku memang sentiasa enunngu kedatangan aku ,
benci semua itu .

tiba tiba tekak ini rasa macam nak makan ais krim coklat .
aisshhh .

masa ni jugaklah rasa nak makan aiskrim .
itu semestinya kegemaran .
kalaulah dapat aiskrim tu . memanglah nikmat .

ah . mana aku nak beli aiskrim ?

cornetto !
mari sini !

dah cukup cakap pasal aiskrim . nanti aku teringat pulak dekat aiskrim itu .
harap harap esok sempat beli aiskrim dekat mara .
itu sajalah masa yang sempat aku curi . kalau ada orang belanja kan bagus :(

aku punya perasaan pada dia .
tapi dia adakah perasaan pada aku ?
itu yang buat aku tertanya . ataupun aku yang tergila kan dia .

benda ini sering merunsingkan aku .

handphone aku tak boleh on . bukan kerna rosak .
battery tak ada .

satu satunya benda yang aku benci tentang handphone aku adalah kerana dia mempunyai battery .
yang mesti di caj semula apabila habis .

aku tekan punat on . senyap . bye sony erricson .

lusa hari jadi aku . hari jumaat .
hari yang penuh berkat . aku suka .

tak sabar menunggu hari itu dengan harapan dapat handphone baru iaitu siteri .

huhu. aku harap aku dapat hadiah daripada kawan kawan aku .
aiskrim cokelat pun tak apa .

aku rasa mama nak belikan aku siteri . wuuuuuuu . hikhik . jealous letewewwww .

aku nak aiskrim cornetto cokelat sebagai hadiah hari jadi aku .

haha .


bai . assalamualaikum .

haiii..

asalamualaikum .

cinta .
cinta tu wujud .
tapi aku tak pasti sama ada ia wujud untuk aku ataupun tidak .
aku tak berani mengatakan ia tidak wujud sama sekali.

sering teringatkan dia .
entah mengapa .
tidak boleh lupakan dia ,

jika rindu jadi resah , gelisah .

aku cuma mahu kau dekati aku .
dan katakan yang kau suka aku .

itu yang aku inginkan selama ini dari kau
kau dah ada yang lain
tapi aku tak putus asa

aku tak dendam
kerana dendam itu datangnya dari syaitan

yang sentiasa menghasut kita untuk kejalan yang sesat

tolong katakan yang kau suka aku . itu yang aku mahu .

aku lihat kau .
kemas . tapi kau jangan nakal sangat .


aku tak suka . kau adalah orang kedua selepas ..
KAU TAHU SIAPA KAN ??

tolong katakan yang kau suka aku .
boleh?
tak susahkan ?

aku suka kau renung mata aku . tapi jangan selalu halang aku jalan.
renung cukup .
jangan selalu puji aku . nanti aku tutup muka .

ah . aku akan tunggu kau .

bai . assalamualaikum .

Monday, May 30, 2011

hayyyy..

saya tak boleh log in blog lama saya . itu memang sesuatu yang aku susah untuk aku terima . aku berharap sangat aku boleh log in balik dan sambung menulis di blog lama aku . blog itu umpama diari aku . semua kesedihan dan kegembiraan aku sejak tahun 2008 , blog akulah yang menjadi saksi . memang betul sedih .

aku teringat masa aku menulis . bila aku menulis pasal cinta . mesti mengalir air mata . tak tahu kenapa .

tapi itulah kenyataannya . tetapi saat kegembiraan aku menulis . aku akan tersenyum hingga tidak henti selagi aku belum habis menulis .

blog aku . diari aku .

walaupun hati rasa berat nak tinggalkan blog lama yang entah sampai bila boleh log in balik itu , aku mesti buad blog baru . aku tahu aku ada diari warna pink . tapi aku mahu seseorang baca isi hati aku .

aku tak penah suruh . dia akan baca sendiri .

ahh sudahlah . aku tak nak ingatkan blog lama itu . ada yang mahu baca ??
klik sebelah ni : http://ety-funky-lady.blogspot.com/

bacalah dengan hati yang terbuka . ahh . aku mahu buka buku baru .

tak mahu kisah lama itu lagi .
mungkin ada yang tidak tahu cara aku .

aku menulis blog memang tidak ada singkatan . lebih kemas dan mudah dibaca .
tetapi kalau di tempat lain . aku tak pandang yang panjang dah .
blog ini tak ada sesi kutuk mengutuk .

cuma luahan perasaan .

aku gemar menulis pasal cinta aku . korang tak percaya ?
bacalah blog lama aku . labels cinta . semua aku lakar sendiri . spontan .

bab cinta kalau aku sedang menulis , memanglah teramat laju datangnya idea .
tapi otak aku geliga sangat . bila masa periksa tahu pulak dia jalan dan keluar idea macam kura kura.

lagi satu . aku memang gila dekat taylor swift . cakaplah lagu apa pun aku mesti tahu lirik lagu dia .
memang terlalu minat . kadang kadang rasa macam sedih pun ada bila tak pernah jumpa taylor swift .

dia tu sempurna . rambut dan muka dah sah lawa . fashion ? up-to-date lahh wehh !!!

suara kalau tak sedap mane lahh dapat nak merasa menyanyi atas pentas yang dikelilingi berjuta peminat .
dia idola aku . tulis lagu piun sendiri .

seterusnya , nak tahu tak siapa yang aku suka ? allalalalaahh ..orang tuhhhh .. dari dulu asek tanya aku . aku suka sapa . no way man .. i'll not .

aku mampu tulis F saja. tak sampai hati nak tulis .

kadang kadang aku rasa perasaan aku pelik sangat . cepat mengalirkan air mata . betull .
terutame sekali kalau pasal F . memang tak boleh belah . sebab die lagi ensem dari justin bieber.
pantang terase sikit tak sengaje air mata aku tumpah .kadang kadang kalau nak tahan air mata tu lebih kurang 2- 3 jam saje .

kalau nak tahu aku sakit hati ataupun sedih dengan korang atau tidak .. testlah .. pastuh agak agak macam dah cukup 3 jam tu korang perhati aku tau .

haha
aku cakap betul . kalau aku sedih air mata tu memang jatuh sendiri .

so ... kalau nak cepat pujuk aku , cara yang paling mudah /kalau nak cepat\ bagilah aiskrim coklat . aku gerenti tak marah . sebab ais krim coklat menenangkan jiwa aku . aiskrim vanila pun sedap jugakan?

tapi kalau tak dapat beli aiskrim pun tak pe. bagilah kiter coklat ataupun sweets . tapi itu lambat sikit jer dari bagi aiskrim . haha .
kalau nak lagi senang bagi lah aku ape ape yang patut . lambat sikit daripada coklat dan aiskrim . F pun suka makan aiskrim.

cara yang paling mudah tapi susah berkesan adalah pujuk rayu .. apsall lah aku ni mengantuk

itulahh yang aku nak bagi tahuk pasal aku . yang lain rasenyer nanti aje aku bagi tahukkk . mengantuklah . nak tidur . esok ada kelas . nanti aku edit blog aku kasik cantik banget . cantik bak taylor swift.

sayang F sangat sangat taww .


bai . assalamualaikum .